aku keluar hari nii. pada mulanya, aku, ajat dan fadhy ke klcc.
sementara menunggu ajat tusyen, kitorang lepak dekat klcc. ada sale, aku beli laa baju dekat zara. zara je wehh. aku tahu korang lagi kaya ;)
lepas tuu aku lepak di kinokuniya. masa terasa sangat panjang dan sangat bosan. so aku ajak fadhy jalan-jalan lagi. banyak orang yang tak bermoral di kinokuniya. aku sangat meluat.
tak lama selepas berjalan-jalan, dapat jugak kami jumpa ajat. ajat ajak shopping lagi. haihh, shopping lagi? tak pe. tak penat pun shopping.
ajat mencari dress untuk pakai esok, untuk pergi dataran merdeka tengok perarakan dan untuk pergi the curve.
aku ajak ajat masuk ke topshop. tetapi dia tak nak. katanya, ada sepasang couple nii dekat dalam tuu. aku tanya dekat dia, siapa. katanya, ~!@# dan ^&%$@. ohh, aku pun tak nak masuk kalau couple dua orang yang sweet sangat tu ada kat dalam tuu. nanti si perempuan ingat aku nak menggatal sangat dengan boyfriend dia yang HANDSOME macam monyet tuu. padahal, bf kau yang selalu text aku. ajak aku message. ko jangan tanya bf kau. dia takkan mengaku. baik kau tanya kawan2 aku.
oleh sebab kami tak mahu masuk topshop, kami pun masuk isetan je laa. banyak juga baju yang cantik-cantik. aku sangat geram dan menyesal sebab beli baju di zara. haihhhhh
sedang ajat mencuba baju di fitting room, tiba2 ada message masuk. daripada siapa lagi kalau bukan daripada iwan si bangsat tuu. dia minta maaf dekat aku and suruh aku call dia sebab ada benda dia nak cakap. wtf? kau yang nak cakap dengan aku, kau lahh call aku. buat apa aku nak call kau? haishhh. kalau da bodoh bodoh jugak. aku tak layan message itu.
kami terus2 menerus mencari baju yang sesuai. tiba-tiba ajat menukar fikiran. katanya, tak nak dress. nak hot pants je laa. aku yang dah penat nii, ikut je laa cakap dia walaupun dah penatila-gila babi. sayang kakak punya pasal. heheh
semasa mencuba hot pants, amir datang. amir ialah kawan baik ajat. sangat baik dan sangat style. aku respect kau lahh amir walaupun kau asyik pakai vase bila keluar. ;ppp amir merupakan seorang penyelamat. dia cakap dekat najat, tak payah laa cari hot pants dekat sini. tak banyak choice. baik cari dekat bb. najat seperti seorang anak, hanya menurut arahan amir.
kami turun ke ground floor sebab nak tunggu kawan diorang ; naim dan luqman. agak berjam juga kitorang tunggu. diorang kata train diorang terstop. kawan fadhilah, dol da sampai so tinggal laa aku, ajat dan amir.
sedang kami menuggu luqman dan naim, tiba-tiba, dua orang lelaki datang ke arah kami. fashli dan hafiz. mereka berbual-bual dengan amir. aku dan ajat hanya mendiamkan diri. sorry laa, aku tak kenal diorang rapat so tak ada point nak cakap. and aku admit aku sombong.
selepas puas berbual, tiba-tiba fashli menegur aku. dia cakap, "thoyy kan? first time jumpa." aku cuma cakap aah, dan senyum. semasa diorang meminta diri untuk beredar, mereka pun melambaikan tangan (haha, aku tak tahu macam mana nak cakap).
selepas mereka beredar, ajat cakap "kau nii sama je macam farah. kalau tak suka someone tuu, mesti tunjuk depan2 yang kau menyampah dengan diorang. tak baik lahhh" aku pun jawab "mana ada aku menyampah. alaa, aku tak perasan pun aku buat muka menyampah aku, lagi punn aku memang tak rapat dengan diorang. what do you expect me to do?" perbualan kami terhenti di situ. sejujurnya, aku tak berniat nak buat macam tuuu
lama nye nak tunggu dorang sampai, so aku ajak amir and ajat makan. lapar gilaaaa. kami makan di burger king. tiba-ttiba ajat cakap, kau selekeh laa pakai selipar. hishh, selipar pun selekeh ke? macam-macam laa.
lepas makan aku pun pergi ke nose untuk beli kasut. tapi tak ada satu punn yang aku suka. so tak jadi beli.
bila kitorang turun, baru laaa budak dua ekor nii nak sampai. haishhhhh. so kitorang pun bergerak dengan pantas ke bb untuk shisha di roof top.
dalam perjalanan ke bb, aku terserempak dengan skeena, my favorite bestfriend. tanpa segan silu, dia mengangkat bajunye dan menunjukkan pusatnye yang telah ditindik. smartt. aku suka dan tiba2 aku rasa nak buat. tapi aku tak ada keberanian. heh. nak tindik telinga lagi satu punn takut, inikan pula pusat. so aku melupakan niat aku itu.
kami melepak di roof top agak lama. samapai pukul 7 kot. kami bershisha bersama-sama dan berbual. seronok. tapi ramai yang nampak muka aku boring. hehe. sorry korang.
di rooftop aku telah berjumpa dengan ramai kawan-kawan baru. ika, luqman, naim, nash dan ada beberapa lagi yang aku tak ingat nama diorang ;p. tak pe, lagi sekali lepak, aku dah kenal korang semua ;)
selepas habis lepak di roof top, kami bergerak ke kitaro. dalam perjalanan ke kitaro, aku namapk ramai shuffler yang hampeh. buruk gila mereka ini. walaupun kita nak menyambut hari kemerdekaan yang ke 51, tapi pemikiran mereka belum merdeka.
di kitaro, aku berjumpa dengan ramai orang yang aneh-aneh. kami mengorder minuman dan bergerak ke bb sebab ajat nak beli baju. aduhhhh
okay, biar aku skip kan cerita sebab aku dah penat nak type. ;) aku dan ajat sampai ke rumah around 9.30. awal lagi. hehe. abah tak marah pun. kalau aku tahu abah tak marh, lagi lambat aku balik. haishhh
No comments:
Post a Comment