Thursday, August 28, 2008

Alarm, sekali lagi kau buat hal, aku baling kau.

alarm ni fuck tak berbunyi today. shitass. hari tu dah buat aku lambat. hari nii lambat lagi. semua nye salah phone uyuy yang sangat suck. hishhhhhh

hari tuu tak berapa lewat tetapi hari ni memang lewat sangat. aku bangun pukul 6.30 oagi. wtf? biasanya time2 nii memang dah siap turun bawah and ambil bekalan (ye, aku bawa bekal. naddy, myra, skeena and belaa selalu makan bekalan aku. bekalan aku memang sangat sedap. nyum nyum. hahah) lepas tu masuk kereta.

alarm dah tak berbunyi, bibik pun bangun 6.30. bibik dah jadi boss. huahua. lepas tuu dia boleh tanya aku, "kak ibah, nak pergi sekolah tak?" bibik, mesti laa saya nak pergi sekolah. semalam kann dah tak pergi. aduiii. tapi tak pe laa, nasib baik bibik cakap dengan aku pagi tadi. kalau tak, memang pukul berapa laa nak sampai sekolah kann. sayang bibik ;)

setelah semuanya dah ready, aku bertolak ke sekolah walaupun jam dah menunjukkan pukul 7.15. aku bercita-cita akan terserempak dengan daini on the way pergi sekolah tapi abah ikut jalan lain pulak. iskk, abah niii.

dalam perjalanan ke sekolah, aku dapat lihat pelbagai ragam manusia ketika waktu puncak (bak kata abah). ada yang masih relax dgn merokok, main hp dan banyak lagi. ada juga yang sudah tak sabar2. mungkin hari nii ramai yang bagun lambat kott. haha

aku sangat kecewa dengan sikap pemandu2 malaysia. tak reti bersabar langsung. come on la wehh. semua orang punn nak cepat tapi jangan laa gelojoh. if accident, aku lagi laa lambat sampai sekolah. pak cik oh pak cik.

sesampai di kampung pandan, abah nak isi minyak sebab lampu dah keluar. abah, lain kali isi minyak penuh-penuh boleh? aduiii. nii adalah pebualan kami.
abah : ibah, masuk kelas pukul berapa?
aku : pukul 7.20
abah : isy, dah lambat nii. alang2 dah lambat nii biar lambat terus laa. abah nak isi minyak jap.
aku memang dah nak tergelak time nii. tak sangka abah yang sangat punctual tiba-tiba jadi macam nii.

bila sampai2 je sekolah, kelas 4c tengah berkumpul. orag pertama yang aku nampak ialah fahmy. aku berasa sangat pelik. kenapa laa diorang ada dekat sini? malu nye. hishhhh.

bila aku turun je dari kereta, fahmy dah buat suara2 yang pelik dan menarik perhatian ramai orang untuk melihat apa yang terjadi. semua orang pandang. wahh, malu nye. fadhilah dah tanya, ni sekolah bapak kau? dengan bangga nye aku cakap, yelaa sebab tuu aku boleh datang lambat. hehe. lepas tuu aku lepak2 dengan fadhilah and azaa dulu. aku tengok jam, baru pukul 8. lepak laah, awal lagi. lagi punn tengah account. ;D

setelah puas melepak dengan diorang dan mendapat pandang tajam drpd pak guard, aku pun balik kelas. semasa aku tengah naik tangga, aku terdengar suara cikgu lelaki. aku tertanya2, bila pulak suara cikgu anis pecah? heheh. tapi aku kenal suara tuu, suara cikgu rofii. dalam hati aku sangat gembira. cikgu anis tak datang!!!!! yeayy. hehe

semasa cikgu rofii relief, ada satu benda yang buat aku insaf. cikgu rofii kan pandai bercerita. semua nye dalam blog yang lagi satu ye.

No comments: