Thursday, August 28, 2008

subject ekonomi

cikgu hafishah masuk ke kelas dengan muka yang sangat bengis. cikgu memang selalu macam niii. kalau dapat tengok cikgu senyum, memang sesuatu yang sangat aku hargai. heheh.

cikgu tanya kitorang sama ada kitorang dah baca tentang faktor-faktor penawaran atau belum. dan secara jujurnye, aku belum baca lagi. begitu juga dengan murid-murid yang lain. cuma nadia yang baca.

cikgu dengan marahnya berkata "saya takkan ajar hari nii!". aku mula-mula cool seperti biasa. tak kisah cikgu nak ajar ke tak nak. tetapi tiba-tiba cikgu mengejutkan aku. bukan aku sahaja. murid yang lain juga pasti berasa seperti yang aku rasakan.

cikgu menyuruh kami berdiri dan turun ke bawah. ke court bola tampar. cikgu nak denda kami. denda nye, jemur dekat tengah panas. masa tu tengah pukul 9 something. semestinya matahari sedang seronok memancarkan cahayanya.

aku terfikir, macam mana nii. takkan nak berjemur? dah laa panas, and memalukan. cikgu bertanya kepada kami semua. patut tak dia marah dengan sikap kami? ye cikgu, memang patut cikgu marah dengan kami. betul cakap cikgu, kitorang dah laa tak perform dalam test baru2 nii. cikgu suruh baca buku punn susah. bukan panjang punn. 4 muka surat je.

cikgu bertanya pula kepada kami. patut tak cikgu denda kami? semua budak lelaki setuju untuk didenda. tiba-tiba aku terfikir. takkan nak memalukan diri berjemur? kitorang dah form 4. so aku cakap dengan myra supaya bantah. budak2 perempuan semua membantah dan memberi seribu satu alasan supaya tak didenda. akhirnya, kitorang tak jadi didenda. budak lelaki, korang patut berterima kasih dekat kitorang. ecehhhh.

cikgu melepaskan segala yang terpendam dalam hati dia. dia cakap, 4 amanah kann baynak murid yang catik. boleh laa tunjuk muka if kena jemur. sungguh pedas percakapan cikgu tapi kami tahu kami salah. janjji tak buat lagi cikgu ;). cikgu juga ada cakap, dia tahu masa dia ajar, ada pelajar yang asyik tengok cermin. myra dah terasa. haha. aku pun terasa juga. okay cikgu, lepas nii saya takkan tengok cermin masa belajar ye?

kalau aku jadi cikgu pun aku bengang. aku dapat economy 31 je. and most of 4 amanah pun dapat markah around 50 ke 20 je. teruk betul. 4 amanh, jangan buat cikgu hafishah marah lagi okay? aku dah penat asyik kena bebel. ;)

No comments: