berapa jam je lagi ramadhan akan meninggalkan kita semua dan syawal akan menjelma. apa yang patut kita rasa? gembira kerana syawal akan menjelma atau sedih kerana ramadhan akan meninggalkan kita? belum tentu kita akan dapat menyambut ramadhan akan datang.
tiba2 aku rasa sebak dengan pemergian ramadhan. malu nak admit, tapi ni first time aku rasa macam tuu. well, aku rasa amal ibadah aku belum cukup. ramadhan ni seakan-akan tak ada sebarang perbezaan dengan bulan2 lain. aku tetap je tinggal sembahyang, and buat banyak lagi dosa2 instead of buat pahala2. bulan ramadhan nii, boleh kira berapa kali je aku pergi semayang terawih. haihh, padahal waktu kecik2 dulu, if ibu tak kasi pergi solat terawih, aku mesti lawan2 ibu sebab nak pergi solat terawih jugak.
kadang2 aku terfikir, kenapa aku berubah sebegini? salah siapa? aku, ibu bapa aku atau environmet aku? entahlaaa, tapi aku rasa tak adil untuk aku salahkan kedua ibu bapa aku kerana perangai setan aku niii. adik lelaki aku ; amad, boleh je pergi solat terawih everyday. haihhh, tak apa lahh, let bygone be bygone. aku harap sangat next year, takkan jadi macam nii.
hmm now lets talk about becoming lebaran. gembira? memang tak lahh. gembira yang aku rasa nii bukan gembira yang aku rasakan waktu aku kecil dulu. gembira ni bercampur sebak sebab ramdhan akan pergi (again, aku cakap benda nii, tapi aku memang sedih laa. adoii. :0).
adik beradik aku selalu bertanya, kenapa raya makin kita besar, makin tak best? hmm, kenapa ye? sebab makin kurang duit raya yang kita dapat, or jumlah baju yang kita dapat?entah laaa, aku tak rasa itu puncanya. aku rasa sebab makin lama, makin kurang ahli keluarga. haihh, tiba2 teringat pak cik akob. al-fatihah untuk arwah.
sometimes, aku rasa jeles sangat dengan budak2 kecil dekat kampung tuu. diorang lebih gembira menyambut lebaran ini kerana diberikan sepenuh perhatian. tapi tak apa lahh, aku pun pernah rasa apa yang diorang rasakan tuu.
raya ni, kita orang akan balik perak dulu which aku rasa boring sebab aku tak ada saudara yang aku sekepala kecuali, myra. tapi aku belum text dia lagi tanya dia balik perak dulu ke tak tahun nii. aku bukan nak tunjuk kurang ajar dengan saudara abah, tapi aku memang kureng ahh dengan diorang. kadang2 aku rasa lawak jenaka yang diorang buat sangat menjengkelkan. perangai apetah lagi.
aku admit aku suka cakap ''isy, kampung gila'', or ayat2 yang sewaktu dengannye dekat saudara abah. and aku tak rasa bersalah sikit pun dekat diorang sebab diorang yang buat aku pandang diorang macam tuu. tapi, aku serba salah sangat dengan abah, sebab tu adik beradik dia. cuba kalau ada orang cakap adik beradik aku macam tuu, sure aku sedih jugak.
well, aku sebenarnya tak sabar nak balik johor. johor memang paling seronok ( excluding if abah ada. hahah ). tak sabar nak raya dengan anak2 kak dik yang comel habis, and mikail yang gemuk gedempol! hahaha. tak sabar jugak nak jumpa saudara mara ibu dekat sana. and paling tak sabar nak makan lodeh yang anyah buat! sedap nye! hahaha
sebenarnye, aku sedih sebab raya tahun ni, lina tak ada. macam mana laa lina dekat sana? lina, aku rindu kau sangat. haihhh. :(
okay, sampai sini je. aku nak packing barang2 sebab jap lagi aku nak bertolak perak. good bye :)
No comments:
Post a Comment