saya takdelah rapat sangat dengan abah saya. yang rapat dengan saya mesti tahu kenapa. in any cases pun saya akan refer dekat ibu. cuma when it comes to my study, baru saya refer dekat abah. and also bila nak minta duit. sangat tidak elok perangai ni. sila jangan contohi. alaa, tapi saya manusia biasa. mana mungkin lari dari kesalahan. sebab saya rasa selama ni saya bukan anak yang baik kepada Encik Zainal so tiba-tiba hari ni rasa macam nak jadi sweet sikit bercerita tentang abah saya yang dah tak berapa nak muda ni. lol, okay diam. teruskan membaca. hahah
abah saya sebenarnya baik. okay, takkanlah ada anak yang nak cakap ayah dia jahat. tu sumpah tak kenang budi. okay, berbalik kepada ayat pertama, abah saya baik dan berilmu orangnya. bila saya cakap dia berilmu, ni maknanya memang sangat2 berilmu. semua yang dia cakap memang fakta. kalau anda semua dekat tempat saya, anda akan tahu betapa stressnya jadi anak Encik Zainal. saya tak mengeluh pun. cuma baru nak start mengarang ayat. kenapa ek saya cakap macam tu? hmm, sebab abah ni setiap masa pun nak serious. setiap masa pun cakap pasal study. kalau gurau or buat lawak pun, mesti yg macam lawak yang educated. so kalau yang tak berapa nak educated tu mesti takkan gelak sebab tak faham.
dulu time muda-muda (sekarang pun muda lagi) saya selalu cakap dengan ibu, "ibu, ibah nak dapat abah lain lah. kenapa abah ibah sorang je yang garang, abah orang lain tak macam tu pun. asyik pot pet pot pet je". tapi tu dulu. sekarang ni bila saya dah besar, baru saya sedar kesan positif abah suka membebel dari dulu sampai sekarang. banyak kesan positif sebenarnya tapi yelah, time kecil-kecil dulu mana la nak fikir pasal pros and cons. dulu dalam kepalotak ada cons je.
antara kata-kata abah yang saya takkan lupa ialah :
i-
belajar la rajin-rajin sebab pelajaran je yang boleh ubah nasib kita. takde benda lain.
well, ingat lagi dulu time sekolah hari2 abah cakap belajar rajin2. sampai naik muak dengar. bayangkanlah, abah sampai simpan torchlight dalam kereta supaya saya boleh baca buku semasa otw pergi sekolah. maklumlah, dulu pergi sekolah pagi-pagi buta, gelap. so guna lah torchlight tu untuk revise. haha. abah selalu cakap "abah memang la ada duit boleh bagi dekat anak-anak abah kalau abah mati, tapi kalau korang tak belajar pandai2 duit tu tak sampai setahun boleh habis." abah cakap sekarang ni saya belum nampak lagi kepentingan pelajaran tu sebab apa yang saya rasa belajar ni penat, stress semua tapi nanti bila dah kerja, tahulah yang sebenarnya kerja lagi stress. lagi2 bila duit tak cukup nak sara keluarga. macam yg berlaku dekat keluarga saya 10 tahun yang lalu. dan saya rasa sebab abah la saya berjaya dapat 6A time SPM haritu. takdelah bagus sangat tapi kalau tak sebab abah paksa2 saya belajar, rasanya 1A pun susah nak dapat. ii-
selagi boleh elak dari buat kesalahan dan apa2 yang boleh timbulkan fitnah, selagi tu lah kita elak.
abah cakap, kalau kita buat satu kesalahan sampai mati orang akan ingat. abah siap bagi contoh lagi. nak tahu apa contoh yang dia bagi? dia bagi contoh pasal abu jahal. abah cakap, walaupun dia dah mati beratus-ratus tahun pun orang ingat lagi segala kejahatan dia sebab semua tu tertulis dekat al-quran. macam tu juga dengan kita. memang lah kita punya cerita takkan ada dalam alquran tapi mesti ada dalam minda seseorang (minda tu, jangan main-main. haha) and then seseorang tu akan cerita dekat orang lain and benda tu akan terus diperkatakan. faham? abah saya ni alim orangnya sebab tu lah dia bagi contoh pasal abu jahal -__- haha. and sebab benda ni lah abah selalu larang saya keluar rumah. lol tapi jiwa remaja saya selalu memberontak nak juga keluar. abah kata jangan, tetap juga keluar. hehe. sebab tu bila sekarang ni, saya dah agak dewasa saya kurangkan keluar. saya harap dengan entri ni, korang boleh faham kenapa sekarang ni saya selalu tolak pelawaan korang semua nak keluar.iii-
jangan bangun tengahari. nanti ambil sial orang dalam banyak-banyak nasihat abah, yang ni lah yang paling susah sekali nak ikut, nak amalkan dalam kehidupan seharian. please take note that dalam dictionary abah, tengahari means lepas subuh. haa, mana susah nak tak bangun tengahari? haha. yelah, bila dah besar ni selalu nak tunjuk remaja tidur lewat. padahal takde buat apa pun. takde buat apa, as in tak buat benda berfaedah pun. selalu stay lewat malam sebab online, twitter, tumblr, bbm and baca novel-novel yang mengarut, haha tak lah mengarut sebenarnya. dapat tambah vocabulary tapi, macam saya katakan tadi, abah saya ni skema so dia tak suka saya baca novel-novel mengarut. tak kisahlah orang putih atau orang hitam yang tulis. dia lagi suka saya baca buku-buku ilmiah. tapi sorry abah, bila saya tengok buku macam tu saya rasa nak muntah macam orang yang kena morning sickness. okay thoyy, jangan mengarut :(. abah suka cakap early bird catches the worms. insyaAllah dalam masa terdekat ni akan cuba merealisasikan harapan abah untuk tengok princesses dia bangun pagi. penat dah type. korang pun penat juga baca kan, so saya stop dekat sini je lah. saya sayang abah saya cuma saya tak tahu nak tunjuk macam mana. kalau ditakdirkan ibu dengan abah c**** , saya redha je. mungkin tu yang terbaik untuk ibu bapa saya, untuk keluarga saya. obviously saya nak duduk dengan ibu tapi saya nak abah saya tahu kalau pun saya buat keputusan nak duduk dengan ibu, abah tetap my no 1 man. sayang abah
No comments:
Post a Comment