hari ni terasa nak tulis entri dalam bahasa melayu. bukan apa, saja nak bagi orang baca and feeling-feeling sikit. lol. oh, mungkin juga nak buktikan kehebatan saya menulis dalam bahasa melayu. maklumlah, saya kan dapat A+ time spm dulu. okay thoyy, tu cerita lama. okay. tutup buku.
oh sebenarnya menulis entri dalam bahasa melayu hari ni adalah kerana saya nak membuktikan kepada orang2 yang berfikiran sempit dan mengatakan saya tunjuk hebat asyik tulis entri dalam bahasa inggeris. biasalah, manusia busuk hati. ada saja yang tak kena. walhal entri yang saya tulis takde pun mengata-ngata awak.
berbalik kepada tajuk entri kali ini. ye, anak-anak yatim tu. anak-anak yatim yang diragut nyawanya kerana tragedi tanah runtuh semalam. kasihan kan? begitu besar dugaan yang mereka tempuh. tak setanding dengan umur mereka yang rata-ratanya masih bersekolah. kesian tengok yang terkorban, kesian juga tengok yang selamat. mesti ramai yang trauma. tapi semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.
ingin saya petik satu status yang saya baca di facebook sebentar tadi "Apabila Allah mengambil anak-anak yatim dengan cara demikian, itu tanda peringatan bahawa terlalu banyak orang yang zalim". makan dalam tak status tu? ada ke yang terasa? mungkin ada. mungkin tak. tapi, siapa lah kita nak mengata orang tu zalim atau tidak. biarlah, itu semua pendapat masing-masing. standard manusia lah membuat kesalahan. takde yang terlepas. daripada kita membuat dosa kering lebih baik kita sentiasa bersangka baik. dapat juga pahala.
sampai sini je kot entri kali ni. malas nak berceloteh panjang-panjang. salam takziah untuk semua mangsa dan ahli keluarga mereka. hidup mesti diteruskan walau macam mana beratpun dugaan yang menimpa. kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan. kita menangis dan mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik kat kita.
waaah, entri penuh dengan madah helah, maklumlah nak membuktikan kebolehan menulis dalam bahasa melayu. hehe. harap semua terhibur dengan entri kali ni dan saya harap dah takde orang yang kata saya ni mat saleh celup nak tulis entri in english je. ingat, kitakan 1Malaysia. haha. assalamualaikum
p/s
yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga,
yang cantik itu budi,
yang indah itu bahasa.
i love languages. ingat nak sambung belajar dalam course ni tapi abah nak sangat anak dia ni jadi accountant so tunjuk bakat (konon ada) dekat sini je lah. ♥
No comments:
Post a Comment